Akhirnya aku mengambil keputusan untuk join AMWAY ni (sebulan lebih fikir), sebabnya.... kawan aku asyik push aku suruh join. Boleh ke aku buat benda ni? Sebenarnya aku berbelah bagi nak join atau tidak sebab MLM memerlukan pengorbanan yang besar dan hati yang jitu untuk mencapai kejayaan. Tapi disebabkan AMWAY sekarang tak sama dengan dulu (produk sama lagi cuma diperhebatkan), aku dengan pejamkan mata join la AMWAY ni di bawah system Brit Worldwide. Sponsor aku dah tentu la kawan aku yang memperkenalkan aku dengan BWW ni (dia ni dah join macam-macam program MLM ni semua half-way, tapi yang ni tengok macam bersungguh je.).Ha, cakap pasal sponsor ni, aku ingat kan bila ada sponsor maknanya kita join free la. Tapi sebenarnya sama je, nama ada sponsor tapi kita bayar juga segala macam fees yang ada (RM140.00 sekali dengan seminar). Letih aku....

 

Cerita pasal networking nih, dua tiga minggu ni aku asyik surf internet cari jalan nak buat income tambahan (nak cari duit kahwin) . Sebenarnya aku cari data entry punya job (program dari rumah). Jumpa memang la jumpa, tapi musykilnya dia minta bayaran pula. Dahla takde alamat, no telepon pun takde. Sah fraud punya program. Pastu aku terbaca satu website tentang satu program paid for click, surf for paid dan macam2 lagi. Benda memang free tapi penat aku click, surf tapi tak nampak bayang pun. Sah kena tipu lagi. Nasib baik tak kena bayar cuma aku punya inbox penuh dengan junk e-mail dan e-mail address aku kena banned dengan kawan2 sebab aku spam e-mail kat diorang (dah program tu suruh aku cari network, aku hantar la kat kengkawan). Letih aku.....

 

Dan terbaru ni (tak la baru sangat dua tiga bulan juga la), kawan-kawan aku kecoh dengan satu program buat duit yang dinamakan ABFUND. Program ni satu bentuk pelaburan di mana faedahnya dibayar setiap hari dan wang boleh dikeluarkan (transfer ke akaun MAYBANK) setiap hari. Semua kawan-kawan aku yang menyertai program ni dah dapat duit setiap hari (diorang dah join hampir 2 bulan). Hebat juga ya, goyang kaki dapat duit hari-hari. Tapi aku takde modal nak join (takkan nak join 20 USD je, benda ni 100 hari je. Lepas 100 hari kena re-join balik). Kiraan bayaran ABFUND ni lebih kurang macam ni:

Ambil contoh USD 1 = RM 3.8

  • 20USD (Lebih kurang RM76)            Bayaran setiap hari 2% = (2% x USD20) x RM3.80   = RM 1.52
  • 100USD (Lebih kurang RM380)        Bayaran setiap hari 2% = (2% x USD100) x RM3.80 =  RM 7.60

Dan seterusnya. Untuk melayakkan mendapat bayaran 2.9% setiap hari memerlukan pelaburan sebanyak USD2000 ke atas. Nak lagi hebat cari downline (network juga)... Letih aku sebab takde duit....

 

Tapi aku dah merancang untuk mencuba satu lagi program yang dinamakan EM-PAY (aku tak join lagi ketika blog ini ditulis). Mungkin bulan April ni aku join (tunggu gaji le beb sebab aku ni jenis yang angkat bakul, bukannya ada saluran paip yang duit tak putus-putus masuk). Agak terbaik juga sistem yang diguna pakai oleh EM-PAY ni. Di mana kita hanya perlu membeli satu lot sahaja (RM168) dan tiada had untuk membeli lot sebenarnya, tengok pada kemampuan la. Sistem yang diguna pakai agak memudahkan untuk mencari downline kita (itu yang aku cari sebenarnya, mudah dan tak memeningkan). Tapi disebabkan aku tak join lagi, maka aku tidak boleh menceritakan panjang lebar tentang EM-PAY ni, tunggu bulan depan aku sambung apa faedahnya. Kalau terbaik aku akan cuba ajak seberapa ramai orang untuk menyertainya. Kalau tak, burn la duit aku sebanyak RM504 (untuk 3 lot sebab 3 lot melayakkan untuk mendapat bonus yang lebih berbanding 1 lot). Letih juga ye......

 

Dan buat masa sekarang ni aku layan je dengan BWW (AMWAY) ni. Nak cari downline?.... nantila dulu sebab aku takde keyakinan lagi... Letih aku....